VITAMIN C MAMPU MERAWAT KORONA VIRUS?
Kakmung ada pernah terbaca 1 artikel berkaitan rawatan menggunakan Vitamin C terhadap Virus Corona dengan tajuk "Vitamin C Infusion for the Treatment of Severe 2019-nCoV Infected Pneumonia" Artikel ini disediakan oleh Pakar Penyelidikan dari Wuhan University, Mr. ZhiYong Peng di Zhongnan Hospital yang diterbitkan pada 10 Feb 2020 . Dalam kertas penyeldikan tersebut, secara ringkasnya Vitamin C ini digunakan kerana ia memainkan peranan dalam mengurangkan tindak balas keradangan dan mencegah selesema biasa. Dalam beberapa kajian yang lain, pesakit yang mempunyai simptom kekurangan vitamin C ada kaitan peningkatan risiko dan jangkitan influenza menjadi lebih teruk. Para doktor melakukan infusi (infusion) Vitamin C kerana ia dapat membantu meningkatkan prognosis pesakit yang menghidap penyakit severe acute respiratory infection (SARI). Oleh itu, mereka masih mengkaji keberkesanan klinikal dan keselamatan vitamin C untuk pengurusan klinikal SARI melalui ujian terkawal seca...